Sunday 27 March 2022

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan Guru Dan Kakitangan (KKGK) SK Taman Putra Perdana 2022



        Pada 26 Mac yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan  Kelab Kebajikan Guru Dan Kakitangan (KKGK) SK Taman Putra Perdana 2022, secara maya menggunakan aplikasi Google Meet. Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang meriah dengan pelibatan semua guru dan kakitangan sekolah walaupuan mesyuarat dilaksanakan secara atas talian. 

        Terima kasih diucapkan kepada pimpinan KKGK yang lalu, yang diketuai oleh Ustaz Syed Farhan Bin Syed Abdullah atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang menguruskan hal ehwal kebajikan guru dan kakitangan sekolah. Tahniah dan syabas kepada semua pimpinan yang telah menjalankan tugas dengan penuh cemerlang dan dedikasi selama 2 tahun bermula tahun 2020 hingga 2022. Akibat desakan pandemik Covid-19, ahli jawatankuasa baru tidak dapat dibincangkan yang kemudian mengambil keputusan mengekalan ahli jawatan kuasa KKGK sedia ada bagi 2 tahun berturut-turut. Walaubagaimanapun, barisan AJK tetap menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin demi menjaga kemaslahatan bersama. 

Ahli Jawatankuasa KKGK 2020/2022


        Mesyuarat Agung KKGK dipengerusikan oleh Pengerusi KKGK 2020/2022, Ustaz Syed Farhan bin Syed Abdullah dan kemudiannya dimulai dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi. 

Pengerusi mesyuarat Agung KKGK


Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Mohd Ishak

        Mesyuarat diteruskan dengan ucapan daripada Penasihat KKGK, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali serta pembentangan laporan aktiviti tahunan  dan kewangan yang akan disampaikan oleh Puan Rosmawati binti Md Desa. 

Ucapan daripada Penasihat KKGK


Aktiviti yang telah dilaksanakan oleh KKGK



Pembentangan laporan kewangan oleh Puan Rosmawati Desa


        Debaran semakin terasa apabila tibanya masa untuk Pembubaran Ahli Jawatankuasa 2020/2022 dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2022/2023 yang baharu. Pihak pentadbir telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk mengubah cara pelantikan jawatankuasa baharu melalui kaedah mengundian di Google Form. 

Undian melalui Google Form

        Melalui cara ini, semua guru dan AKP perlu membuat pemilihan dan pengundian mulai 23 Mac sehingga 24 Mac selewat-lewatnya pada jam 7.00 petang pada link yang telah diberikan. Setelah mendapat persetujuan Guru Besar, keputusan pengundian adalah seperti berikut. 


Tahniah dan syabas diucapkan kepada AJK baharu


       Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi KKGK yang baharu iaitu Encik Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar sebagai tanda kesediaan beliau untuk memikul tanggungjawab dalam mengetui barisan AJK KKGK sesi baharu ini. 

Pengerusi KKGK 2022/2023

        Majlis mengucapkan ribuan terima masih kepada pada pentadbir, barisan guru dan AKP Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana atas kesudian memeriahkan mesyuarat agung kali ini. Semoga ahli jawatankuasa baharu yang dilantik dapat memikul tugas dengan semangat kerjasama dan ikatan silaturahim yang utuh sesama ahli. 



Monday 25 January 2021

Enjin Carian ID Murid 2021

Enjin Carian ID Murid 2021 boleh diakses melalui pautan ini => http://bit.ly/idmoesktpp

 


Disediakan oleh : Cikgu Hafiz

Sunday 31 May 2020

Jom Jawab Kuiz...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada semua warga guru dan para murid, SJK( T) Sepang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kuiz bagi setiap subjek semasa PKP COVID-19.

SJK(T) Sepang telah berkolabrasi dengan PPD Sepang dan Team eDidik Malaysia dalam penganjuran kuiz ini. Murid akan menerima Sijil Penyertaan daripada PPD Sepang dan Sijil Pencapaian sekiranya mereka mendapat markah melebihi 80%  daripada eDidik. Sijil ini akan di hantar terus ke akaun email GC (Google Classroom) anda. Pastikan anda memberikan email GC yang betul. Terima kasih.


Bahasa Melayu = https://forms.gle/nM1iTypiQwsnKuHE6 
Bahasa Inggeris = https://forms.gle/m3eZyg2ngsVaHkWY9
Bahasa Tamil = https://forms.gle/5w29W5xGXZUavTBP7
Sains = https://forms.gle/Tfmy1oaXoQgHWT597
Matematik = https://forms.gle/nKJChN14NthpJ8ja6
Pendidikan Seni Visual = https://forms.gle/o2donTBxdZP4SnJA6
Pendidikan Moral = https://forms.gle/bCH8Xpdrk9KHvjxv9
Pendidikan Muzik = https://forms.gle/7CSw2kqKbYJVta8H6
Pendidikan Jasmani & Kesihatan = https://forms.gle/GdC6xb59mZNTMx8A8
Reka Bentuk & Teknologi = https://forms.gle/o2nSJhaL5j2v8Gnf8
Teknologi Maklumat & Komunikasi = https://forms.gle/qNuDudaL3kjmvjhNA
Pra Sekolah = https://forms.gle/HWLL6V6V39oJj4Kk9 
Pemulihan Khas = https://forms.gle/eXVbjchD6aNbQXen9
Sejarah = https://forms.gle/5YkVXH8JLJtFAMh96

Thursday 28 May 2020

Jom belajar memasang komputer secara virtual


Sempena cuti sekolah pertengahan tahun dan cuti Hari Raya ini, anda boleh meluangkan masa untuk mengikuti kelas komputer Cikgu Hafiz.

Jadi jom masuk ke portal GC dan login menggunakan ID masing-masing. Gunakan kod di atas untuk masuk kelas cikgu. Selamat mencuba.







Tuesday 26 May 2020

Selamat Hari Raya 2020



Selamat Hari Raya kepada warga SKTPP. Sempena hari yang mulia ini, mari kita uji pengetahuan kita mengenai hidangan yang wajib ada pada Hari Raya.

Makanan Waktu Hari Raya

Klik ⏫ untuk memulakan permainan.

Saturday 16 May 2020

Kenali Guru Anda (Sesi Petang)

Sempena Sambuatan Hari Guru, pihak admin telah membuat satu permainan Cari Kata. Permainan ini akan menguji sejauh mana anda mengenali
rakan sekerja anda ataupun guru-guru anda. 

Klik pautan di bawah untuk mulakan permainan.


Kenali Guru Anda (Sesi Pagi)

Sempena Sambuatan Hari Guru, pihak admin telah membuat satu permainan Teka Silang Kata. Permainan ini akan menguji sejauh mana anda mengenali rakan sekerja anda ataupun guru-guru anda.

Selamat mencuba Teka Silang Kata versi Guru Pagi. Klik pautan di bawah untuk mula bermain. Selamat mencuba.